19 June 2015

MY BREASTFEEDING JOURNEY

Alhamdulillah dah hampir berganjak ke bulan ke tiga menyusukan Laiz... Alhamdulillah juga Allah permudahkan urusan walaupun pasa mulanya sangat mencabar bila kena nipple crack... tapi sekarang semua smooth...

Si tembam Laiz..

Setiap pagi mesti akan cuba curi masa untuk kumpul stok untuk Laiz membesar... ilmu menyusu di kumpul seawal Laiz di dalam perut lagi... sebaik dapat tahu mengandungkan anak lelaki, saya cuba gali ilmu sebaik mungkin tentang bfeeding... walaupun sebelum ni berjaya menyusukan sehingga 2 tahun lebih tapi tetap kumpul ilmu jugak sebab dengar2nya penyusuan anak lelaki lebih mencabar.. anak lelaki kuat menyusu... 

Awal2 lagi dah sediakan Set Penyusuan supaya dapat susukan Laiz secukupnya sehingga 2tahun lebih... 

Bermula dalam pantang lagi Zah dah mula mengepam sebab nak kumpul stok... nak pastikan stok mencukupi... lagi2 lah bulan puasa ni... nak pastikan stok tak menyusut so dengan pengambilan Set Penyusuan Shaklee InsyaAllah ia membantu...

Alhamdulillah ambil Set Penyusuan ni stok Zah memang meriah... sampai dah penuh peti ais tak muat nak letak stok susu... husband pun dah bunyi suruh cari freezer utk letak susu ni... nnti mampat peti ais sekarang ni... hihihi...InsyaAllah ada rezeki nya nanti nak cari freezer utk susu Laiz... yang kecik pun jadilah...

Badan?? Alhamdulillah lebih bertenaga... Kurang rasa letih... susu pun meriah... pekat... Laiz jarang melekap terlalu lama... jadi Zah berpeluang untuk kumpul stok bila dia tak menyusu... sebab jarak dia menyusu 3-4 jam... so memang dapat buat stok la masa tu..

tapi bila bulan puasa persediaan kena lebih rapi... sebab berpuasa sambil menyusukan.. Tenaga kita diserap... nutrisi pun macam tu juga... so set lengkap penyusuan tu memang membantu.... disamping tu pengambilan air kosong memang sangat penting sepanjang malam... dari lepas buka sampailah ke sahur... rasa lapar tu memang ada... yelah dah susukan Laiz... tapi Alhamdulillah masih bertahan hingga berbuka... berbeza masa susukan Aliya.. nak sampaikan waktu berbuka tu badan dah menggigil kelaparan... itu belum lagi kalau terskip sahur....

Kat bawah ni antara hasil mengepam dari dalam hari sampai ke hari ni... waktu mengepam yang paling Zah suka adalah waktu tandem nursing... hasilnya memang mantop...










My breastfeeding Journey - 71st Day

==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

18 June 2015

SET BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU MACAM SAYA...

Alhamdulillah... masih diberi peluang merasai ramadhan kali ini... Selamat berpuasa semua... baru sempat menyambung entry ni... dah sediakan dari semalam tapi tak selesaikannya...

Hari pertama terbangun lambat pula nak bersahur...kunci jam pukul 4 tapi tersedar pukul 5 pg... itu pun en hubby yang kejutkan... tak sempat masak sahur tadi... yang ada cuma mee sup semalam... panaskan balik je la nampaknya... hihihi... ibu menyusu macam saya ni mestilah xcukup kalau makan mee sup tu... kurang sangat protein nya untuk bertahan sampai petang... So, saya bancuh la ESP + Mealshake + Tamar cocoa.. buat 2 bekas shaker... 1 untuk en hubby... 1 untuk saya... tak sempat nak snap sebab dah lambat sangat bersahur nya... lagi lah melayan si kakak yang baru hari pertama berpuasa...

Alhamdulillah...dah pukul 3 skrg masih lagi bertenaga n kurang rasa lapar... baru lepas susukan Laiz.. susu mcm biasa meriahnya..

si kakak pukul 10.00 pg dh minta susu balik... hihihi tiada paksaan untuk dia berpuasa.. baru belajar tak pe lama2 dia faham erti puasa sebenar...

Alhamdulillah set ni sangat membantu ibu-ibu menyusui macam saya ni..



Energizing Soy Protein

  • Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
  • Membekalkan tenaga,
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

French Vanilla Mealshakes

  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik mampu memberikan tenaga yang berpanjangan di bulan puasa.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Performance Drink (Orange Flavour)
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum di waktu berpuasa.
Boleh diambil untuk sesiapa sahaja... selamat... orang kencing manis or darah tinggi sangat bagus ambil set ni tau... buka nanti Shake2 lagi... nak bagi milk booster pulak...

Lepas buka ambil performance drink sepanjang malam untuk elak dehidrasi keesokkannya... 
==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

16 June 2015

KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Kencing manis semasa mengandung kalau boleh kita tak nak ye..

Mengapa? Sebab ia memudaratkan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan dan boleh berterusan hingga bersalin dan hingga bayi itu membesar! Susah la kan..kita ni seboleh nya inginkan yang paling selamat dan sempurna bukan?? Kencing manis ketika hamil tinggi risikonya terhadap kesihatan ibu dn bayi dalam kandungan semasa dan selepas kelahiran sebab tu tak boleh diambil ringan. Mencegah dan mengatasi kencing manis ketika mengandung adalah perlu.

Sebab tu masa mengandung ramai ibu-ibu kene minum AIR GULA! Sebab doktor nak tau toleransi tubuh kita terhadap gula...itu salah satu cara nak kesan masalah kencing manis semasa mengandung supaya senang nak mengawal dan merawatnya.

Kencing manis ketika mengandung turut dipanggil GDM. Jom tengok antara risiko dan kesan penyakit kencing manis semasa mengandung terhadap ibu dan bayi ~~~

Kesan kencing manis semasa mengandung pada ibu hamil;

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan kencing manis semasa mengandung pada bayi;

  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah)dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.

Sebelum kita menjurus ke arah cara mencegah dan mengatasi kencing manis semasa mengandung, jom tambah ilmu pengetahuan terlebih dahulu mengenai bagaimana kencing manis semasa hamil (Diabetes Gestasi) boleh berlaku.

Semasa hamil, tubuh sepatutnya akan menghasilkan insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutamanya pada pertengahan hingga akhir kehamilan. Jika tubuh gagal menghasilkan insulin tambahan ini, tubuh akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah. Itu lah yang menyebabkan kencing manis dikalangan ibu-ibu mengandung.

Ni dia gambaran camana saiz bayi boleh membesar didalam kandungan jika ibu hamil menghidap kencing manis tidak mengawal masalahnya kencing manisnya.



Eh, apakah insulin ni?????
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang berfungsi mengawal dan memetabolisme kan gula dalam darah (blood glucose).

Dalam kebanyakan kes, kencing manis semasa hamil ni akan hilang selepas bersalin. Tapi jangan terlalu sedap hati ye, sebab anda berisiko untuk menghidap kencing manis tahap 2 pulak...naik pangkat gitu.

Siapa yang berisiko untuk mengalami kencing manis semasa mengandung??

  • Ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan. Makan untuk 2 orang katanya...
  • Pernah melahirkan bayi seberat 4kg atau lebih.
  • Sejarah penyakit kencing manis dalam keturunan.
  • Kehamilan kembar.
  • Ibu yang hamil ketika berusia lebih 35 tahun.

Tanda-tanda kencing manis semasa mengandung???

  • Sering keletihan
  • Acapkali membuang air kecil
  • Sering dahaga yang melampau
  • Penglihatan yang kabur
  • Luka atau lebam yang lambat sembuh

Cara untuk mencegah dan mengawal kencing manis semasa mengandung ialah dengan mengawal diet dan lakukan senaman. Diet yang disarankan ialah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula, banyakkan pengambilan karbohidrat berserat, protin tanpa lemak seperti ikan dan soya dan lemak jenis baik (HDL)

Dalam 10-20% kes kencing manis semasa mengandung, ada yang tidak lagi dapat dikawal dengan diet dan senaman. Oleh itu ibu perlu ambil suntikan insulin untuk kawal tahap gula dalam darah.

Vitamin Shaklee yang boleh membantu ibu-ibu hamil mencegah dan mengawal kencing manis semasa mengandung adalah Set Hamil. Namun jika ibu-ibu inginkan yang lebih bajet, boleh lah ambil vitamin shaklee untuk kencing manis semasa mengandung seperti berikut



ESP (850gm ~ RM150.00) ~ Minuman protin berkualiti tinggi rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu ibu mengawal pemakanan dan mengawal paras gula.
BComplex (120 biji ~ RM54.00) ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Menukarkan makanan kedalam bentuk tenaga.
Vitalea (120 biji ~ RM89.00) ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka, zat besi untuk pembinaan sel darah merah.


Pengalaman sendiri semasa kehamilan ke tiga Alhamdulillah saya bebas risiko kencing manis semasa kena minum air gula tu... dari 4.0 sebelum minum.. kepada 4.1 selepas minum air gula... Sebab saya kene minum air gula, berat badan naik mendadak sehingga 4kg dalam masa sebulan... kalau ikutkan memang berisiko kencing manis.. tapi Alhamdulillah sejak saya amalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE memang banyak membantu dari segi kesihatan... 

==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

15 June 2015

MASALAH PUTING MEREKAH

Post kali ni khas untuk ibu2 dan bakal ibu yang akan menimang cahaya mata tak lama lagi... Mungkin ada sesetengah ibu2 yang mengalami masalah ni... ada juga yang tidak pernah mengalaminya... Hanya yang pernah mengalami situasi ini yang faham kesakitan bila puting susu melecet...

Pasti sukar buat ibu2 bila menghadapi saat ini kan... nak menyusukan bayi rasa satu seksaan yang terpaksa ditempuh bagi memastikan si manja mendapat nutrisi yang terbaik..

Bagi ibu yang pertama kali menyusukan bayi tentu pernah mengalami kesakitan di bahagian puting payu dara ketika menyusukan si comel. Aduh, rasa seperti hendak berhenti menyusukan bayi jika mengalami masalah puting melecet dan luka. Tapi inilah cabaran buat ibu menyusu... untuk berikan yang terbaik pasti ada halangan yang menanti...


Mengapa ada pula ibu yang tidak mengalami masalah ini? Apa kata anda mengetahui punca penyebab masalah puting melecet kerana ia boleh diatasi.

Biasanya ibu yang mengalami masalah puting melecet atau luka disebabkan oleh posisi bayi yang tidak betul ketika menyusukannya. Ia memang perkara biasa kerana sebagai ibu baharu tentu sahaja belum ada pengalaman menyusukan bayi.

Akibat posisi menyusu yang kurang tepat dan pelekapan mulut bayi yang salah pada puting payu dara ibu membuatkan bayi kurang selesa semasa menyusu. Ini menyebabkan bayi akan berusaha untuk mencari posisi yang tepat untuk menyusu dengan caranya menarik puting ibu. Keadaan ini yang membuatkan puting ibu berasa sakit, pedih dan melecet.

Jadi, kunci utama untuk mengelakkan masalah putting melecet daripada berlaku adalah memastikan posisi dan pelekapan semasa menyusu bayi adalah betul. Ibu dan bayi mesti sama-sama selesa.

Sebenarnya ketika menyusu, bayi sepatutnya bukan menghisap puting ibu tetapi cara menyusu yang betul adalah bayi menghisap seluruh areola ibu. Kebanyakan ibu baharu tidak   hal ini. Mereka membiarkan bayi menghisap puting kerana fikir ia cara yang betul. Ini mengakibatkan puting melecet kerana bayi menghisap dan menarik puting.

Oleh itu semasa hendak menyusukan bayi, anda membuka mulut bayi seluasnya dan pastikan mulutnya masuk keseluruhan aerola ibu. Ketika bayi menghisap aerola maka puting ibu terletak di antara langit-langit mulut bayi. Maka ibu tidak akan mengalami masalah puting melecet.


Posisi ini membuatkan bayi menyusu dengan menggunakan lidahnya. Jadi, masalah melecet pada puting dapat dielakkan jika ibu memahami bagaimana cara menyusukan dengan betul. Perhatikan keadaan pipi bayi semasa menyusu. Ia sebagai petunjuk bayi menyusu dengan betul. Jika pipi bayi menggelembung itu bererti bayi sudah dalam kedudukan menyusu dan pelekapan yang betul.

Oleh itu, pastikan posisi bayi melekap mulutnya ke aerola sudah betul kerana ia mengelakkan anda mengalami masalah puting melecet, pedih dan luka seterusnya memudahkan proses kejayaan penyusuan susu ibu.

Bagaimana pula nak merawat puting melecet ni? Bagi saya yang pernah mengalami masalah puting melecet ni, saya memang akan cuba cari penyelesaian macamana nak bagi masalah ni selesai...

  • Bagi masalah yang tidak terlalu serius boleh la menggunakan air susu ibu sendiri... caranya.. bersihkan kawasan puting dan aerola dengan air suam... sapukan seluruh bahagian puting dengan air susu yang sebelah... maknanya jika masalah puting melecet sebelah kanan sapukan air susu dari susu sebelah kiri... begitu juga sebaliknya.. setiap kali selepas menyusu terus sapukan susu ibu dan dianginkan sementara....
  • Bagi masalah puting merekah yang terlalu serius sehingga berdarah.. Boleh disapukan dengan minyak kelapa dara atau atau minyak zaiton.. cara yang ni saya pernah mencubanya... dapat dari  seorang kawan baik... saya pernah mencubanya dan Alhamdulillah memang berkesan untuk masalah yang serius mcm ni.. 2 hari sahaja luka sembuh dan pulih seperti biasa....
  • Selain itu boleh juga menggunakan Herbal Blend Shaklee... cara yang sama di'apply'kn seperti minyak kelapa dara...
Cubalah.. ini pasti membantu anda mengurangkan kesakitan semasa menyusu... 




==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

6 June 2015

KELEBIHAN VITAMIN C



Sustained Release Vitamin C atau lebih dikenali Vitamin C Shaklee antara vitamin yang sangat digemari kerana khasiat dan penggunaannya sehingga 6 bulan...

Jom kenali lebih rapat lagi apa itu SUSTAINED RELEASE dan juga VITAMIN C..

💖1. ‘sustained release


● Vitamin C Shaklee diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Boleh refer gambar - tercatat pada label botol

● Bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat.

● Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C. Ia akan dilepaskan sedikit sedikit iaitu 100mg untuk setiap jam.

● Sangat bagus kerana vitamin C mudah terhapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dll. Maka Vitamin C dalam badan boleh musnah.

● Vitamin C merupakan vitamin larut air.

● Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

 ðŸ’–2. Bioflavonoid


● 1 tablet VitAmin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai Viatmin C Complex.

● Fungsi vitamin C complex ialah mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.

● Nutrien yg terdapat bioflavonoid ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu dapatkan dari makanan.

 Antara bahan yg boleh menyebabkan bioflavonoid musnah adalah asap rokok!
 Jd perokok2 memang memerlukan vit c shaklee ini..

Milikinya hari ini!!!

==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

2 June 2015

KEPERLUAN BIOFLAVONOID DALAM VITAMIN C

Agak kelewatan hari ini merangka blog... semalam tak berkesempatan nak merangka... So seperti dijanjikan saya kongsikan pasal BIOFALVONOID ni...

Apa Itu Bioflavonoid?

Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P, sebenarnya bukan termasuk kelompok vitamin tetapi sering disebut vitamin untuk memudahkan mengelompokkan nutrien yang dikandungnya. Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin,  citrin, luteolin, dan flavonoid lainnya. Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh tubuh dan harus diperolehi dari makanan.

Apa Manfaat Bioflavonoid?

Bioflavonoid bekerja efektif bersama vitamin C secara mutualisma. Bioflavonoid membantu fungsi vitamin C, sebaliknya bioflavonoid selalu bekerjasama dengan vitamin C.

Bioflavonoid, memiliki peranan yang penting dalam menjaga kekuatan pembuluh darah kapiler dan mengatur permeabilitasnya. 

Bioflavonoid membantu vitamin C dalam menjaga collagen (perekat antar sel) agar tetap dalam kondisi sehat, membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C, mencegah kerosakan vitamin C kerana oksidasi, mengurangi hipertensi, mengurangi pendarahan, mencegah kerosakan pembuluh kapiler dan jaringan penghubung, dan membentuk penghalang pelindung terhadap infeksi.

Bioflavonoid efektif digunakan dalam perawatan cedera olahraga karena memiliki efek menghilangkan rasa nyeri. Zat ini juga dapat digunakan untuk menghilangkan nyeri di kaki dan sepanjang punggung, dan dapat mengurangi gejala-gejala pendarahan jangka panjang, serum kalsium rendah, dan penyakit herpes rongga mulut (oral herpes).

Bahan Makanan Apa yang Mengandung Bioflavonoid?

Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pinus, bawang-bawangan, berry, teh hijau, sorgum, apricot, kedelai, tomat, brokoli, dan lain-lain.

Bahan Apa yang Dapat Mengurangi Bioflavonoid dari Tubuh?

Beberapa bahan dapat menghilangkan bioflavonoid dari tubuh. Salah satunya yang paling buruk adalah asap rokok dan banyak minum alkohol. Aspirin dan beberapa ubat penghilang rasa sakit juga dapat membuang bioflavonoid dari tubuh. Demikian pula dengan antibiotik dan cortisone.

Apa kaitan BIOFLAVONOID dengan SHAKLEE???

Bioflavonoid boleh diperolehi dengan pengambilan Sustained Release Vitamin C sebanyak 120mg dari sebiji Vitamin C Shaklee 500mg dan ia diuraikan kan secara beransur2 ke dalam tubuh..


Istimewa JUN 2015.
Sebotol RM93.00

BELI 2 DISKAUN 5%
BELI 6 PERCUMA 1


==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

1 June 2015

NAK BIZ KE TAK?? PILIHAN DITANGAN ANDA..

Salam readers!!! Terima kasih kepada pelanggan2 Shaklee saya yang membeli dengan saya... Korang memang awesome!!! Ada yang mulanya just ambil Set Basic je..  tapi bila dapat rasa best... Now ambil full set pulak... Pastu ada juga yang tak lepaskan peluang jadi members Shaklee semata2 nak beli pada harga ahli... ye lah lebih jimatkan... bulan lepas 2 orang dah mendaftar ahli... syukur... tak nak lepaskan peluang... dah tau kesan Shaklee tu yang terus register member...

Hmmm... korang yang lain2 tu jom la beli n nikmati keistimewaan  jadi ahli Shaklee ni... banyak istimewanya... tak semestinya jadi ahli kena biz... tiada kewajiban dalam mendaftar jadi ahli Shaklee... sebab no head hunter dalam Shaklee... kecuali korang memang bersungguh nak ber biz...

APA ISTIMEWA JADI AHLI SHAKLEE???



Tak minat biz?? Tak pe... daftar ahli yang tak sampai rm100 tu pun dah buat korang dah jimat sampai 20%... tak de pun kena renew keahlian.. makan sendiri, belikan ibu ayah, adik2 pun dah boleh buat korang dapat bonus tunai..

Tapi kalau yang minat biz... korang akan dapat lebih banyak faedah... dari bonus tunai sehinggalah bonus tunai kereta.. banyak..kadang berganda2... kadang yang selalu berlaku adalah bonus berganda... bila bonus bulanan rm 1000 tetiba bulan tu Shaklee nak bagi bonus extra pulak.. dari rm 1000 tu boleh jadi rm2000... hmm xrugi pun kan... lagi pun biz Shaklee dah senang sekarang... sebab dah ramai yang kenal Shaklee... dah tau kebaikannya..keje mudah bagi yang nak berbiz share je khasiat Shaklee...

Meh la Register... Saya tak untung mana.. Korang pun tak rugi mana pun... fair n square... Nak biz atau tak.. pilihan di tangan korang...tak de paksaan pun... kalau nak cari extra income untuk family so boleh lah berjinak2 dengan biz Shaklee... Leh bantu suami tingkatkan ekonomi keluarga.. Biz dari rumah je... Mudah... Itulah biz Shaklee...


==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!




ADOIII BANYAKNYA SAWANG!!


Wah.. lamanya tak berblog... Almost 2 weeks tinggalkan blog ni... bersawang2 dah... adooiii... maaf lah yea... agak kecelaruan masa sikit bila ada newbies + dengan 2 kiddos yang memang intelligent sangat mencelarukan ibu nya ni...

Alhamdulillah... masa dah dapat di atur.. rumah pun kembali tersusun.. dapat lah mengadap kembali blog ni.. Moh cuci kasi bersih sawang2 yang ada... 

Ada sebulan lagi sebelum naik keje ni... Meluangkan masa dengan anak2... memberi ruang untuk anak2 bermanja semula lepas kena 'warning' ngan ibu sebab ibu tak suka orang duk melekap manja masa preggy dulu... pembawakan kot.. And now.. newbies ni pun xsuka kena dakap sangat... lebih suka tidur di bouncernya dari tidur dalam dakapan ibunya... Hmmm lebih mudah kot ibu nak buat keje2 rumah... malam je dia akan ngempeng... itu pun lepas kul 11.00 malam... Sungguhpun macam tu still ibu nak kepit je dia... 

Rasa seronoknya duduk rumah dengan anak2.. layan time makan n minum mereka... layan karenah yang manja... kadang2 saja buat ibu jadi singa.. tengok anak membesar depan mata...tapi sebulan je lagi... pastu kembali semula rutin pepagi yang kacau bilau... harap lepas ni lebih teratur...

Hmm masa pun dah nak beranjak ke pukul 12.00am.. merangka blog ditengah malam memang lebih tenang.. sebab banyak idea yang boleh keluar... n tak de gangguan dari anak2 comel tu.. pantang ibu bukak lappy mesti igt nak tengok movie.. 

Tapi sekarang pun phone dah canggihkan.. update blog pun kat phone je...

Oklah selamat Malam... nantikan tips2 yang akan dikongsi juga testimoni dan khasiat vitamin Shaklee...


==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!