7 December 2015

SEKADAR PERKONGSIAN...

Assalamualaikum. semua..

Lama sungguh tak menjengah ke blog ni... kebizian yang melanda sampai tak sempat nak update apa-apa yang terkini.. maaf la sebab membiarkan ia kosong dan sunyi

Sejak beberapa hari ni kita banyak dikejutkan dengan berita kematian mereka yang disayangi. Sedih.. Pilu.. Namun ia mengingatkan kita bahawa mati itu pasti.. tiada apa yang mampu menghalang walau sedetik kehadirannya.. bila dan bagaimana hanya menjadi rahsia Allah..

Bagaimana dengan kita yang masih hidup ni?? Apa saham akhirat kita?? Bukan saham yang dekat 'Board' tu ye.. saham tu hanya untuk dunia.. Adakah sudah cukup amal kita.. sejauh mana kita memberi sumbangan untuk saham akhirat itu nanti?? Zakat kita, sedekah kita, zikir kita, amal jariah kita, warisan kita.. adakah cukup untuk kita bawa sebagai bekalan nanti??

Ingatlah matinya anak adam itu dia akan meninggalkan TIGA PERKARA:

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Amal jariah
3. Anak yang soleh.

Adakah cukup ketiga-tiga ini masa kita mati??

Indahnya kematian dua anak adam yang baru sahaja berlalu.. Amalan nya dan kebaikan nya sentiasa disebut-sebut.. sentiasa menjadi bualan. tidak henti-henti orang berkongsikan kebaikannya. Semoga tenang arwah di sana..amin..

Ambillah kata-kata IMAM SYAFIE ini sebagai panduan agar kita tidak leka dengan duniawi semata..








~~ Salam sayang penuh ukhwah ~~

No comments:

Post a Comment