17 August 2013

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL: BAHAYA ATAU TIDAK??!!

Assalamualaikum....

Dari pembacaan saya...ramai ibu2 hamil yang kat luar sana tu hadapi masalah keputihan...risau dan rimas sebab tidak memberi keselesaan...
Penting untuk ibu2 menjaga kebersihan di kawasan miss V 2 supaya tak berlaku masalah yang sebegini...

JOM SAYA KONGSIKAN SERBA SEDIKIT INFO TENTANG KEPUTIHAN DARI BLOG 

 http://cahayahatiumi.blogspot.com/2013/02/keputihan-semasa-mengandungadakah-ia.html?m=1 ... 


Masalah keputihan adalah masalah yang biasa dialami oleh setiap wanita. Ia mungkin boleh terjadi samada ketika wanita itu hamil atau pun tidak. Bagi wanita hamil, masih ramai yang ragu2 adakah keputihan boleh mengganggu kehamilan anda.



Bagaimana kita tahu jika kita mengalami keputihan? 
Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:


lelehan akan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung akan rasa sakit bila bersama suami rasa sakit apabila membuang air kecil
Bagaimana saya boleh dapat keputihan?
Ketika hamil jangkitan kulat di faraj agak biasa berlaku. Kulat yang dikenali sebagaicandida albicans ini yang akan menyebabkan keputihan. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan. Masalah keputihan mungkin berlaku jika ada ketidakseimbangan jumlah kulat dan yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Tanda2 yang menunjukkan anda mengalami keputihan:

Anda hamil-Semasa hamil, faraj mengandungi gula yang tinggil yang dipanggil glikogen dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
Memakai pakaian yang ketat dan diperbuat daripada bahan sintetik seperti seluar dalam daripada kain nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin dan menggalakkan pertumbuhan keputihan
Menggunakan mandian buih berwangi atau pelapis seluar dalam yang beraroma
Mengambil antibiotik kerana ini akan mengganggu keseimbangan diantara mikro-organisme baik dan jahat 
Mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik


Bilakah saya harus berjumpa doktor?
Sekiranya anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor dengan segera. Doktor akan memeriksa kawasan disekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika doktor tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan dimana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.


Doktor mungkin memberikan sejenis ubat pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. 

Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walaubagaimana pun jika anda dalam trimester pertama kehamilan, doktor mungkin tidak akan memberikan apa2 ubat sementara waktu.

Jika anda diberikan ubat, anda juga mungkin diberikan alat untuk dimasukkan dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati supaya ia tidak memberi tekanan kepada serviks iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan2 menggunakan jari sendiri.


Apakah rawatan yang boleh saya cuba dirumah?
Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:

  1. Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam atau disekeliling faraj
  2. Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain
  3. Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini akan menyediakan persekitaran yang hangat dan lembab yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga
  4. Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar2 kering selepas anda ke tandas
  5. Pastikan faraj anda cukup basah sebelum bersama suami

Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?
Tidak, keputihan tidak akan membahayakan bayi anda kerana bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila ia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua2 ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan boleh merebak ke payudara anda juga.


Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Ia mengambil masa untuk dihapuskan. Sekiranya anda ingin mencuba sebarang ubatan untuk mengatasi keputihan anda, berjumpalah dengan doktor anda. Rawatan keputihan bagi mereka yang tidak mengandung tidak semestinya sesuai untuk mereka yang mengandung.



So ibu2 jaga kebersihan... InsyaAllah tiada keputihan...



Nak order shaklee??

Sms/Whatsapp: 019-7665652
Email : aleya_azie@yahoo.com
Add friend & PM : Noorazizah Ishak
Page : Kasihku Untukmu

Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu...


 Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

No comments:

Post a Comment