27 April 2015

EMOSI IBU MEMPENGARUHI PENGELUARAN SUSU



Pernah tak ibu yang menyusukan bayi mengalami situasi di mana susu yang dipam pada hari tersebut sangat sedikit. Kalau hari biasa boleh dapat 4 auns dalam satu sesi mengepam tetapi hari itu hendak mendapatkan 1 auns pun mengambil masa yang lama.

Tahukah ibu semua, mental dan emosi ibu berkait rapat dengan pengeluaran susu ibu. Dengan kata lain sekiranya ibu sedang bersedih atau fikiran tidak tenang kerana ada masalah ia akan memberi kesan kepada penghasilan susu. Susu akan berkurangan atau lebih malang apabila susu tidak keluar langsung ketika dipam.

Tetapi sekiranya ibu sedang gembira dan senang hati, penghasilan susu berjalan lancar dan pengalirannya laju ketika dipam. Apa hendak buat kalau ia berlaku kepada ibu sendiri? Adakah ibu akan terus melayan perasaan tertekan tersebut dan berhenti daripada mengepam susu kerana tidak mahu ‘sakit hati’ melihat hasilnya yang mengecewakan?

Jangan cepat berputus asa, lupakan seketika masalah yang membuatkan ibu bersedih. Bertenang dan bersabar, buatlah perkara yang boleh menggembirakan diri sendiri atau makanlah makanan yang boleh menggembirakan anda demi mengembalikan pengaliran susu yang lebih lancar. Fikirkan bayi yang memerlukan susu ibu dan misi sendiri untuk menyusukan anak sehingga berusia dua tahun.

Teruskan mengepam untuk merangsang kilang susu supaya tetap menghasilkan susu. Biarpun kadang kala ia tidak menghasilkan susu langsung, jangan berputus asa. Ibu perlu ingat dengan konsep penghasilan susu iaitu lebih banyak permintaan maka lebih banyak pengeluaran. Lama-kelamaan susu akan kembali terhasil!

Ingat ya, ibu menyusu perlu sentiasa gembira kerana mental dan emosi yang bahagia akan menghasilkan susu yang lancar.

Sumber

Pastikan emosi ibu stabil... tiada gangguan luar semasa sedang mengepam susu... ibu juga perlu mengosongka  fikiran dari perkara-perkara yang merungsingkan ibu2....

Ada tips yang boleh digunapakai untuk ibu-ibu...


  • Semasa mengepam bolehlah memasangkan lagu kesukaan ibu-ibu.. yang sering ibu-ibu dengar ketika ingin menenangkan fikiran
  • Semasa mengepam juga boleh lah sambil2 melihat gambar-gambar anak2 @ si manja anda yang mampu merangsang pengeluaran susu...
  • Selain itu, boleh juga melayari internet, fb dan sebagainya... 
  • Pengambilan supplement seperti SET PENYUSUAN juga penting untuk memberi tenaga dan juga bertindak mengurangkan stress untuk ibu-ibu..



==============================================================

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE?? 
ATAU 
INGIN TAMBAH PENDAPATAN??

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai


PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment