17 November 2014

CARA ASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK

Islam telah menyediakan garis panduan kepada ibu bapa dalam mendidik anak dengan akhlak mulia seperti menghormati ibu bapa dan batas serta adab pergaulan antara anak dan ibu bapa sejak kecil lagi. Islam juga membimbing ibu bapa supaya menjaga batas aurat terhadap anak supaya mereka tidak melihat sesuatu yang tidak baik daripada ibu bapa mereka.

Rasulullah SAW menganjurkan ibu bapa supaya mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan. Ia dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).

Ia bukan sekadar pemisahan anak lelaki dan perempuan. Mereka juga perlu dipisahkan dari bilik ibu-bapa juga. Jelas sekali, hadis ini menjelaskan selain itu Rasulullah SAW memberi garis panduan mengenai pemisahan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Walaupun hadis ini mengenai pemisahan antara anak lelaki dan perempuan, namun ibu bapa perlu menghindari anak daripada tidur sebilik dengan mereka. Perkara ini menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu dididik dengan pendidikan akidah, syarak dan akhlak sejak kecil supaya mereka tidak terpesong daripada ajaran Islam.

Antara tujuan Rasulullah SAW menganjurkan perintah itu untuk menjaga keharmonian dan maruah ahli keluarga. Di samping ia bertujuan mendidik anak dengan akhlak dan batas pergaulan antara ahli keluarga supaya tidak berlaku perkara negatif seperti sumbang mahram. Tambahan pula dengan kemudahan teknologi yang ada pada hari. Oleh itu, wajarlah mereka dipisahkan dari tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik lelaki dan perempuan lebih awal daripada usia 10 tahun.

Walaupun anak kita manja sekalipun, kita perlu bertegas dalam perkara ini. Cuba ikuti tips-tips ini:


Hias kan bilik tidurnya cantik-cantik

1. Beri anak buat pilihan sendiri
Libatkan anak dalam proses menyiapkan bilik tidur dia.Minta dia pilihkan cadar, warna cat bili, lampu tidur, baju tidur. Pendekata, minta dia pilih apa yang dia mahukan. Namun, sebagi ibu-bapa kita pun kena tengoklah samada sesuai ataupun tidak.


Asingkan tempat tidur anak bila sampai masanya

2. Beri anak masa untuk bersedia
Beberapa hari sebelum anak kena tidur dalam bilik sendiri, selalu beritahu anak yang dia akan tidur di bilik itu sendiri pada sekian hari. Jadi anak dah tahu yang dia kena tidur dalam bilik sendiri secara berseorangan.Bagi anak bersedia atau “prepare” dari segi mental dan emosi.


Anak boleh bermain dalam bilik sendiri

3. Beritahu kelebihan ada bilik sendiri
Katakan kepada anak bahawa tidur seorang di bilik sendiri itu sangat “Cool”!. Kaitkan dengan sesiapa yang dia kenal. Atau pun, kaitkan dengan watak kartun yang dia selalu tengok seperti Upin dan Ipin. Barulah dia semangat sikit.

Pastikan anak tidur lena

4. Temankan anak jika belum berani
Hari pertama temankan anak untuk tidur sekali di dalam bilik dia, tetapi jangan tidur sampai pagi pula, cukup sekadar teman tidur sehingga dia terlena, kemudian baru keluar dari bilik secara perlahan-lahan.Katakan kepada anak yang anda tidak akan tutup pintu bilik dia dan bilik anda. Jadi bila anak bangun dari tidur pada tengah malam, dia boleh panggil anda atau dia boleh pergi ke bilik tidur anda.

Hilangkan rasa takut anak dengan pelukan

5. Ajar anak lawan rasa takut
Ini penting, andai kata dia menangis tengah malam dan berkeras mahu tidur di bilik anda, anda baring semula bersama dia dan tidurkan dia di biliknya sendiri. Jangan beri “signal” bahawa anak boleh tidur semula bersama anda pada bila-bila masa dia berasa takut. Anak kena belajar lawan perasaan takutnya.

Pastikan anak selesa dengan tempat tidur

6. Puji anak atas keberaniannya
Apabila anak bangun pagi, beri dia pujian dan kata semangat kerana telah berjaya tidur di bilik sendiri. Dia akan berasa bangga kerana pujian dari kita dan bersemangat untuk malam seterusnya.



Anak bebas menghias bilik sendiri

7. Berikan anak kebebasan
Buat dia rasa bahawa bilik itu adalah bilik dia sendiri. Buat apa-apa pun semua buat di bilik sendiri, contoh tukar baju, bermain, belajar dan sebagainya. Jangan lupa cara ajar anak solat dalam bilik sendiri nanti. Masa ini kita boleh didik anak sampai jadi bestfriend kita sendiri.

Credit to

Sekarang dalam usaha mengasingkan tempat tidur anak-anak... tips ni mungkin boleh membantu zah untuk pastikan usaha ini berjaya... hmm kadang-kadang nak tidurkan diorang zah pun tertidur sama sampai pagi.. bila baca tips ni, huhuhuhu tak boleh rupanya.. akan menggagalkan usaha nanti...

So korang boleh lah cuba juga ye... dah tiba masa untuk mereka terokai dunia mereka sendiri tapi dengan bimbingan...



====================================================================

PROMOSI NOVEMBER : 

OMEGA GUARD SHAKLEE

BELI 6 PERCUMA 1
BELI 2 DISKAUN 5%

Hubungi Zah untuk miliki omega pada harga jimat...

Hubungi....

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Kasihku Untukmu

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

COD AREA : Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai

PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!




“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment