5 June 2016

SHAKLEE JOHOR BAHRU : IBU HAMIL PERLU TAHU PERKARA INI!!

 


Kebanyakan vitamin dan mineral diperlukan dalam kuantiti yang lebih tinggi semasa mengandung. Ini bagaimanapun tidak termasuk vitamin A, yang boleh dibuat sendiri oleh badan kita daripada simpanan beta carotena di dalam badan. Kadang-kadang ibu hamil pun tak tahu berapa banyak kandungan vitamin seharian yang perlu diambil untuk memastikan ibu hamil tiada masalah-masalah kesihatan.

Dalam entri kali ini Zah nak kongsikan serba sedikit keperluan vitamin dan mineral yang khusus semasa mengandung.

1 - Folate

Folate adalah sejenis vitamin B yang penting untuk:
  • pembentukan sel-sel darah merah.
  • pembentukan neural tube bayi.

Ibu mengandung perlu mengambil lebih kurang 600mcg folate setiap hari. Jumlah yang diperlukan oleh wanita yang tidak mengandung ialah lebih kurang 400mcg sahaja. Ini bermakna keperluan untuk folate meningkat 50% semasa mengandung. Kekurangan folate semasa mengandung akan menyebabkan kandungan darah merah yang rendah. Keadaan ini dipanggil anaemia.

Pembentukan darah tambahan dan sel-sel tisu giat berlaku pada bayi. Ini memerlukan jumlah folate yang bertambah. Keperluan folate meningkat lebih tinggi sekiranya anak kembar yang dikandung. Begitu juga, wanita yang hamil dalam jarak masa yang singkat perlu memastikan kandungan folate yang cukup kerana mereka mempunyai simpanan folate yang rendah di dalam badan mereka.

Kajian juga telah mengaitkan kekurangan folate dengan masalah yang dikenali sebagai neural tube defects, iaitu sejenis keadaan di mana berlaku kecacatan pada saluran saraf bayi, yang menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifida). Masalah ini boleh berlaku semasa awal kehamilan, oleh itu wanita yang merancang untuk mengandung dinasihatkan mengambil folate seawal yang mugkin.

Sumber-sumber utama folate ialah sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang. Folate mudah dirosakkan sekiranya sayur-sayuran diproses atau dimasak lama. Oleh itu, pengambilan sayur-sayuran yang segar atau separa-masak bolehlah diamalkan.

Selain itu, anda juga boleh mengambil folate yang kini tersedia di dalam bentuk pil (dikenali sebagai asid folik) atau yang telah dicampurkan di dalam makanan-makanan lain seperti roti dan juga susu. Pil asid folik bolehlah didapati dari farmasi-farmasi atau klinik-klinik dengan harga sebiji 5sen sehingga 10sen (bergantung kepada jenama). Kandungan pil asid folik selalunya ialah 5mg sebiji (5mg bersamaan dengan 5,000mcg).

Kandungan Vitamin B Complex B klinik kesihatan kerajaan adalah Vitamin B1, B2 dan B3. Manakala kandungan vitamin B Complex Shaklee adalah Vitamin B1, B2, B3, B6, B12, Folic acid, Biotin dan Pantothenic Acid. Ya.. Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan Folic Acid dan 5 jenis vitamin B yang lain. 1biji B Complex Shaklee mengandungi 589mg dan ia sudah mencukupi dengan hanya 1 biji sahaja setiap hari. So, lagi 11mg lagi bolehlah ibu-ibu hamil dapatkan dari pemakanan harian.

2 - Kalsium

Keperluan kalsium untuk seorang wanita adalah seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah ini:

Umur (tahun)

Keperluan kalsium dalam mg

1)19 - 54 = 800mg

2) melebihi 54 = 1000mg

3) mengandung = 1100 mg

Kalsium diperlukan sebagai sumber utama untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat bukan hanya untuk bayi, tetapi juga untuk siibu. Sekiranya pengambilan kalsium semasa mengandung tidak mencukupi, kalsium daripada tulang anda akan diambil (dilarutkan) dan diberikan kepada bayi anda. Ini boleh mengakibatkan jisim tulang anda semakin rendah, satu keadaan dipanggil osteoporosis. Bukan itu sahaja, kekurangan zat kalsium boleh menyebabkan kaki anda sering kejang semasa tidur.

Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.

Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.

Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :

 3 gelas susu,
 4.6kg daging,
 15 biji telur,
 70g cheese,
 400g ais krim, atau
 2 cawan yoghurt.

Sanggupkah ibu hamil untuk mengambil 6 jenis makanan ini untuk memastikan ibu mendapat kalsium yang lengkap? Ibu hamil memerlukan 1100 mg kalsium bagi menampung keperluan kalsium harian untuk ibu dan bayi. Dengan hanya 600mg tidak mencukupi buat ibu hamil. oleh itu, dicadangkan untuk ibu hamil mengambil Ostematrix. Ostematrix Shaklee (kalsium) bukan sahaja mengandungi kalsium semata-mata kerana ia juga mengandungi magnesium, boron, vitamin D, manganese, kopper dan dan zink yang membantu secara menyeluruh dari segi tulang, ketegangan otot, kebas2, gigi dan sebagainya. Dengan pengambilan 4 biji Ostematrix adalah bersamaan dengan 1000mg kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil.

3 - Zat besi (Iron)

Zat besi diperlukan dalam pembentukan sel-sel darah merah. Sebagaimana yang telah diterangkan tadi bahawa fungsi ini juga dilakukan oleh folate. Kekurangan darah merah (anaemia) akan menyebabkan anda rasa cepat letih, kulit menjadi pucat, sukar bernafas dan juga pitam. Keperluan zat besi meningkat 100% dari 15mg sebelum mengandung ke 30mg semasa mengandung.

Keperluan zat besi ini lebih genting untuk wanita yang hamil dalam jarak yang rapat, mengandungkan kembar atau yang mengalami haid yang teruk sebelum hamil.

Sumber-sumber utama zat besi ialah:
 daging merah seperti daging lembu dan kambing. Zat besi sumber haiwan ini mudah diserap oleh badan.
 sayur-sayuran hijau seperti brokoli, dsb.
 cereal dsb yang diperkaya dengan zat besi.

Zat besi yang terkandung dalam Vitalea Shaklee sangat membantu ibu-ibu hamil untuk mendapatkan Zat besi yang mencukupi. Doktor menyarankan agar mengambil 2 biji Vitalea sehari bagi memastikan Zat Besi yang di salurkan adalah mencukupi untuk ibu hamil. Pengambilan 2 biji Vitalea adalah mencukupi  untuk ibu hamil kerana 1 biji Vitalea adalah bersamaan dengan 15mg.

Penyerapan dan penggunaan zat besi adalah lebih baik dengan kehadiran vitamin C. Oleh itu, cubalah ambil makanan-makanan atau pil zat besi dengan segelas air buah. Atau boleh juga diambil bersama-sama Sustained Release Vita C Shaklee bagi memastikan kadar penyerapan yang lebih efisyen.

Penyerapan zat besi pula dibantutkan oleh kehadiran kalsium (lihat di atas) dan juga minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi. Ini bermakna anda tidak digalakkan mengambil pil zat besi dengan segelas susu atau air kopi. Oleh itu, ibu-ibu yang mempunyai masalah kurang darah atau HB rendah tidak digalakkan untuk mengamalkan caffien dalam pemakanan seharian mereka.

Ibu-ibu hamil diluar sana bolehlah mendapatkan Set Kehamilan Shaklee yang merupakan Vitamin Lengkap untuk ibu dan bayi..

********************************************************************************

UNTUK SEBARANG TEMPAHAN DAN KONSULTASI…

HUBUNGI
AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak
Like Page : Vita Homes
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD / PICK UP AREA : Bandaraya Johor Bahru, Bandar Baru Uda, Tampoi, Skudai, Taman U, UTM Skudai, Perumahan Pulai, Kangkar Pulai, Sri Pulai, City Square, CIQ JB, Dataran Sri Gulam, KFC Tampoi, KFC Stulang, KFC Sri Gulam, AEON BIG Taman U, Petron Kip Mart, Petronas Taman Impian Emas, Taman Imigresen, Hutan Bandar, Taman Pelangi, Jalan Kolam Air

PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!





No comments:

Post a Comment