20 June 2013

SAKIT SENDI / OSTEOARTRITIS

OSTEOARTRITIS
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
♥Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
♥Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
♥Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.


ARTHRITIS REUMATOID
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
♥Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
♥ Kekakuan pada awal pagi.
♥Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
♥Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
♥Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
♥Kelemahan dan kepenatan.
♥Demam bergred rendah.
♥Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
♥Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Penting Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan

Penjagaan Kendiri
Jika doktor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
♥Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
♥Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
♥Selang selikan rehat.
♥Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
♥Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.


Gaya Hidup
♥Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
♥Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
♥Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
♥Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
♥Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
♥Sertai kumpulan sokongan artritis.
♥Fikir secara positif dan ceria selalu.
Elak
♥Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
♥Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
♥Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
♥Memakai kasut yang tidak berpadanan.
♥Membiarkan sakit mengganggu moral anda.


Nak order Shaklee??
Call / whatsapp : 0197665652
Sms : 0177633074
Email : aleya_azie@yahoo.com
Add friend & pm : Noorazizah Ishak

No comments:

Post a Comment