24 March 2014

SET KEHAMILAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua...

Kehamilan adalah tempoha yang sangat panjang yang perlu ibu-ibu lalui... Ada sesetengah individu mengalami masalah di dalam tempoh kehamilan tersebut.. Ada yang hanya tiga bulan pertama, ada yang mengalami masalah sepanjang tempoh kehamilan.. Dan pastinya ia akan menjadi satu tempoh yang memenatkan.

Walaupun ada yang mengalami masalah tersebut dalam tempoh kehamilan, pastinya ia bukan satu penghalang untuk ibu-ibu dapatkan makanan berkhasiat untuk diri dan bayi... Zah sangat menggalakkan ibu-ibu mengambil vitamin dalam tempoh tersebut bagi memastikan ibu-ibu dapat menyalurkan khasiat yang cukup untuk si comel di dalam kandungan.. Sumber makanan yang diambil seharian kadangkala tak mencukupi untuk diri dan juga bayi kerana penghasilan makanan tersebut adakalanya menghilangkan zat/khasiat sesuatu makanan///Sebab itulah ibu-ibu perlukan makanan tambahan (vitamin/supplement) sebagai pelengkap untuk kesihatan ibu dan bayi..


So, Set Kehamilan Shaklee memang sangat lengkap bagi ibu hamil untuk pastikan ibu hamil mendapat khasiat yang mencukupi. Ia sangat selamat untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan.. Fokus set ini adalah untuk memastikan ibu dan bayi kekal sihat sehingga melahirkan.. selain itu ia memberi tenaga tambahan sebab ibu-ibu pasti letih dengan tugas seharian samada yang bekerjaya ataupun surirumah..

Jom tengaok apa khasiat yang Shaklee sediakan dalam set ini : -





Untuk trimester pertama    



Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari  (120 biji)

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


Vitamin B Complex - 1 biji sehari  (120 biji)

B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari   (180 biji)

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari  (120 biji) 

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.   Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

ESP - 3 Sudu sehari

ESP ni protin. Protein sangat penting untuk perkembangan tubuh badan kita. Protein diperlukan oleh sel untuk membentuk sel baru. Sel yang sihat membantu menjana organ yang sihat seterusnya membantu kelancaran sistem tubuh badan.  Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.   ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.   Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Bila dah masuk trimester kedua dan ketiga , boleh amalkan Omega Guard pula.    

Omega Guard - 1 biji sehari   (90 biji)

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. Bukan itu saja, ada kelebihan lain tau.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penggunaan vitamin ini adalah sangat menjimatkan keranasetiap vitamin boleh digunakan sehingga 3 - 6 bulan kecuali ESP dan Ostematrix yang mana boleh digunakan untuk tempoh 1-2 bulan sahaja. Harganya juga adalah pada harga mampu milik.. Yang pasti kesannya terbaik.. Cuba dulu baru tau!!!



Nak dapatkan Shaklee?? Hubungi :

AZIZAH
Pm / whatsapp : 0197665652
Add & pm Fb : Noorazizah Ishak

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Cod area: Bandaraya JB, Larkin, Pulai Indah, Kangkar Pulai, Pulai Perdana dan kawasan perumahan pulai yang berdekatan

No comments:

Post a Comment